Jumaat, 30 Ogos 2013

Rahsia kecantikan dan kesihatan primadona

Datuk Sarimah Ahmad (lahir pada 28 April 1942 di Pulau Rusa, Pekan Pahang), lebih dikenali sebagai Sarimah dan merupakan artis Malaysia yang terkenal dalam filem hitam putih Melayu era 1960-an dan 1970-an yang dicungkil bakatnya oleh P.Ramlee. Beliau diberi pengenalan umum melalui filem Ali Baba Bujang Lapok. Seorang yang cepat bersinar bintangnya. Diantara filem lain yang digandingkan bersama P.Ramlee ialah Ibu Mertuaku, Madu Tiga, Tiga Abdul, Kanchan Tirana dan Dr Rushdi.


NAMA SEBENAR: Datuk Sarimah Ahmad

TARIKH LAHIR: 28 April 1942

TEMPAT LAHIR: Pulau Rusa, Pekan, Pahang

PROFESION: Pelakon

STATUS: Janda (Pernah berkahwin dengan Zulkifli Ahmad dan dikurniakan empat anak iaitu Norhayati, Farah Waheeda, Mohd Jamil, Mohd Shahray, Bersama Yusof Majid dua orang iaitu Yusarima Puteri, Mohd Yusari Ameer, bersama Dr Nordin Selat dan Datuk Paduka Pengiran Hidup Pengiran Hashim (tiada anak).

FILEM: Antaranya - Ali Baba Bujang Lapok, Bidasari, Dayang Senandung, Madu Tiga, Tiga Abdul, Dr Rushdi, Gelora, Pilih Menantu, Si Tanggang, Norlela, Darah Muda, Lubalang Daik, Jefri Zain, Gerak Kilat, Raja Bersiong, Sayang Si Buta, Dahaga, Kancan Tirana, Jejak Bertapak, Potret Maria, Tiada Waktu Bicara, Dia Ibuku, Ranjau Sepanjang Jalan, Detik 12 Malam, Menanti Hari Esok, Tiada Esok Bagimu, Kabus Tengahari, Warna Warna Hati dan Tarik Tarik.

DRAMA TV: Masih Ada Cinta, Cinta Madinah




Rahsia kecantikan dan memiliki tubuh badan yang sihat serta kekal langsing dikongsi bersama seniwati dihormati, Dato Sarimah Ahmad menerusi produk kesihatan Primadona.
Merupakan produk keluaran syarikatnya sendiri, Primadona Worldwide Sdn Bhd, dua produk efektif iaitu Sari AgeGard dan Sari StemShape diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai perkongsian ikhlas darinya kepada peminat.
Ditemui ketika majlis pelancaran Primadona semalam, Dato Sarimah berkata sudah sekian lama dia mendambakan untuk berkongsi beberapa petua kesihatan dan akhirnya kini terlaksana.
"Sesuatu yang kita buat biarlah ikhlas dari hati. Termasuklah kelahiran dua produk ini ingin saya kongsikan bagi kebaikan bersama.
"Memang produk ini masih baru di pasaran dan Alhamdulillah saya percaya produk ini akan banyak membantu kesihatan kita," katanya yang masih jelita dan memiliki kulit sihat.
Rangkaian produk kesihatan Primadona dihasilkan melalui teknologi dwi sel induk yang diperkasa dengan ozon.
Turut membantu beliau merealisasikan Primadona ialah Pengarah Perubatan syarikat berkenaan, Dr Mohd Nizar Zakaria dan dua lagi tulang belakangnya, Musharuddin Mohd dan Mazlan Mohd. Menurut Dato Sarimah kedua-dua produk yang baru diperkenalkan itu telah menjadi amalannya terutama sekali Sari AgeGard yang diambil sekitar jam 8.30 pagi iaitu sebelum dia menjamah sarapan pagi.
Manakala tambah pelakon Ali Baba Bujang Lapok itu, Sari StemShape pula dikhususkan untuk individu yang ingin tampak langsing secara semulajadi.
"Apa yang boleh saya katakan di sini, pengambilan produk Sari StemShape bukan saja akan membuatkan anda langsing, malah tidak akan membuatkan anda penat, tidak akan terasa ingin ke tandas sebaliknya membuatkan pengguna terasa kenyang sentiasa.
"Apabila saya mengamalkan Sari AgeGard pula, tubuh saya terasa lebih cergas dan selalu membantu waktu tidur saya dan mendapat waktu tidur yang berkualiti," kongsinya.
Pelakon veteran itu mempunyai 6 orang anak, 32 orang cucu dan 4 orang cicit. Walaubagaimanapun menurut Dato Sarimah, petua kecantikannya dari dulu hingga kini ialah dengan memiliki hati yang bersih, selalu berdoa kepada Tuhan dan mengamalkan pemakanan sihat.
Sejak dari kecil lagi dia telah mengamalkan pengambilan sayur-sayuran hijau dan buah-buahan sebagai makanan hariannya.
Untuk nenambah kecergasan tubuh dan mengelakan sebarang penyakit, pengambilan nutrisi tambahan seperti vitamin c dan multivitamin adalah sangat penting bagi menjalani kehidupan hariannya.
"Selain sentiasa taat dengan tugas sebagai hamba Allah, saya mengamalkan senaman orang lama-lama yang banyak memberi penekanan kepada bahagian pernafasan.
"Dari kecil lagi saya tidak mengamalkan pengambilan ayam dan daging kecuali ikan. Bukannya sengaja tak ambil tapi sudah terbiasa dengan cara ibu dan ayah saya yang turut mengamalkan amalan serupa.
"Setiap pagi sebelum solat suboh saya akan minum air bersama madu dan sedikit garam. Manakala untuk sarapan pagi, saya suka makan tumbuhan hijau yang kaya dengan fiber seperti daun salad.
"Sayur-sayuran dan buah-buahan sangat baik untuk kulit terutama sekali menjaga sistem pencernaan kita.
"Dari dulu lagi saya banyakan minum air mineral yang baik untuk kesihatan dan tidak sesekali saya akan minum selepas makan bagi mengelakan perut buncit," katanya panjang lebar.




untuk segala maklumat mengenai produk yang diatas sila klik fabulousprimadona




Jumaat, 23 Ogos 2013

cara aizat kurus dengan cepat tanpa ubat dan pil!!!

Akademi Fantasia, AF, program hibuan popular terbitan Astro dan pernah menjadi kegilaan ramai khususnya pada musim pertama hingga ketiga dan pernah melahirkan bintang popular seperti Stacy, Mawi, Vince, Aizat dan Marsha.

Saya akan menceritakan kisah aizat menjadi kurus dengan gaya dan pemakanan yang sihat dan tidak menggunakan sebarang ubat atau pil untuk kurus.. :)


Aizat, AF5, 2007

Mula dikenali ketika menyertai Akademi Fantasia musim ke 5 pada 2007. Aizat yang berbadan gempal ketika itu memukau peminatnya kerana versatile dan mempunyai suara yang lunak dalam setiap persembahannya. Malahan Aizat juga sering mendapat pujian daripada pengkritik tetap.

Namun tuahnya sampai ke situ sahaja apabila tersingkir dan tidak dapat ke final. Akademi Fantasia musim ke 5 akhirnya dimenangi Mila - peserta wanita pertama muncul Juara selepas didominasi peserta lelaki dalam Akademi Fantasia musim pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Namun Aizat rupanya menjadi lebih popular dan lebih berjaya daripada peserta lain dalam Akademi Fantasia 5 termasuklah juaranya Mila.

Apa tidaknya, Aizat muncul sebagai Juara Keseluruhan anugerah Juara Lagu TV3 2009 yang disiarkan secara langsung pada Januari 2010 menerusi lagu "PERGI" ciptan Pete Teo dan lirik oleh Amran Omar. Aizat juga menang persembahan terbaik.

Aizat juga menang Anugerah Bintang Popular 2009 selaku Penyanyi Lelaki Popular.

Satu lagi kejayaan Aizat adalah kejayaannya menguruskan badannya dengan begitu cepat sekali... Hmmm apa rahsianya???









Aizat kini kurus, tidak lagi gemuk seperti dulu. Mungkin berat badannya berkurangan lebih 30 kg??







Persoalannya bagaimana Aizat boleh menguruskan badannya dengan begitu cepat sekali???

Adakah dia menggunakan herba, bersenam, memakan pemakanan khas, memakan ubat ubatan khas atau menggunakan formula mengurangkan berat badan yang ajaib lagi sakti?? Atau adakah ubat menguruskan badan itu didatangkan khas dari Kayangan?

Hanya Aizat yang tahu ceritera dan Hikayat sebenarnya.

Dalam blog aizat!!!

Aizat menerangkan bagaimana dia boleh kurus :

I get this question almost everywhere I go nowadays. I wonder jugak apa bezanya diet dulu dan sekarang. Actually semasa dalam akademi dulu, Aizat yang paling sikit makan ( walaupun dlm diari I was potrayed otherwise) sebab takut berat badan akan menganggu penafasan untuk menyanyi. Aizat turunlah sikit but not ketara. So apa beza dengan sekarang? One thing for sure - DIET IS NOT EVERYTHING IN LOSING WEIGHT!! Maknanya makan, jangan tak makan. Two things yang Aizat avoid, Fizzy drinks and Rice (seminggu sekali je). Makan pulak ada timing - every 4 jam, makan small portions. Dengan diet is of course the WORKOUT/EXERCISE - 30 minit EVERYDAY!! Mentally, I tell myself I need to burn the calories I ate today. eg. 30 minutes of brisk walking will burn at least 200 calories. So what's new?? At the end of the day, I think the most important factor is our MINDSET! Apa yang really buat Aizat tekad was the fact that I lost 3 kgs in the first week selepas ikut diet/exercise diatas. Wow! It really inspired me. Kalau boleh turun 3 kg seminggu kali 8 minggu = 24 kg. and the rest is history! So kalau Aizat boleh, anyone can do it. Try it!

sekian wasalam :)

opss tambahan ni die website aizat...klik sini...... peace!!